Kamis, 17 November 2011

Kecil Usaha Kesan Besar

Pernah dengar "Kesan Rama-Rama" atau Butterfly Effect? Ia ada satu ungkapan puitis tentang kejadian-kejadian kecil yang tidak diketahui orang tetapi mampu memberikan kesan yang besar kepada orang lain atau tempat lain. Philip Merilees pernah mencadangkan tajuk kertas kajian oleh Edward Lorenz tentang perkara ini di mesyuarat Persatuan untuk Pembangunan Sains Amerika ke-139 dengan tajuk, Adakah kibasan sayap rama-rama di Brazil menghasilkan tornado di Texas?



Mungkin kecil bagi kita, tetapi kesannya besar di Akhirat Kelak.
Apalah sangat kibasan sayap rama-rama bagi kita? Kecil bukan? Tetapi bagi saintis tersebut, frasa itu merujuk kepada idea yang sayap rama-rama mungkin menghasilkan perubahan yang amat kecil dalam atmosfera bumi yang mungkin akhirnya mengubah arah tornado atau melambatkan, melajukan atau langsung menghalang kejadian tornado di beberapa lokasi. Kibasan sayap mewakili perubahan kecil keadaan asal dalam sistem, yang menyebabkan rantaian peristiwa yang menjadi punca kepada perubahan peristiwa-peristiwa pada skala besar.
Seperti juga kita hari ini, ada usaha yang kecil di mata kita atau orang lain, walhal ia sebenarnya memberikan kesan besar, jika tidak di dunia, tetap akan terkira di akhirat kelak.

Itu rama-rama, bagaimana dengan tindakan sebesar zarah tetap juga dikira?


وَمَا تَكُونُ فِي شَأْنٍ وَمَا تَتْلُو مِنْهُ مِن قُرْآنٍ وَلاَ تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلاَّ كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ وَمَا يَعْزُبُ عَن رَّبِّكَ مِن مِّثْقَالِ ذَرَّةٍ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاء وَلاَ أَصْغَرَ مِن ذَلِكَ وَلا أَكْبَرَ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Qur'an dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biar pun sebesar zarah (atom) di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz)
(Surah Yunus 10: Ayat 61)




 GO

Artikel Terkait

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Top Bottom Back To Top